Bahaya Asma

January 24, 2009

kuhan2

kuhan3

kuhan11

Tahanan Polis di Subang Jaya, Kugan a/l Ananthan,22, dikatakan mati kerana diserang asma selepas diberi minum air. Tapi bila gambar ini keluar kepada pihak keluarga yang tidak puas hati, ternyata kenyataan ‘penyakit asma’ telah berubah apabila Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pula kata ini kes bunuh. Nah, kenapa boleh jadi begini? Mana satu yang betul ni? Aku ni ada asma. Takut gak kalau jadi tahanan polis. Silap-silap aku boleh mati sebab kalau pesakit asma yang jadi tahanan polis takut pula calar-calar macam ni. Aduh… Polis pula nafikan mereka mendera tahanan. Alangkah bahayanya penyakit asma ni… Ish. Ish..

Ok, aku ada ambil info kes lain dari blog KNB. Sila baca:

1
Jun 2002 Tharma Rajen meninggal dunia secara misteri ketika berada dalam tahanan polis. Bedah siasat persendirian mendapati Tharma mengalami kekurangan nutrien ekstrem. Dia masih digari dua jam sebelum kematian ketika mendapatkan rawatan di hospital.

2
November 2002 Malaysia memilih untuk tidak mengamalkan Protokol Pilihan Kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan dan Lain-lain Layanan Kejam dan Luar Biasa 1984. Protokol ini membenarkan pakar hak asasi antarabangsa mengadakan lawatan ke pusat tahanan.

3
Julai 2003
Ulaganathan Muniandy meninggal dunia di Balai Polis Kajang. Menurut ibu Ulaganathan, dia mengesan kecederaan tubuh dan lebam di mata . Polis menegaskan dia meninggal dunia disebabkan asma (asthma – sounds familiar, yes?). Sijil kematian Hospital Kajang menyatakan punca kematian sebagai ‘tidak diketahui’.

4
Oktober 2003 Laporan Kementerian Dalam Negeri mencatatkan 23 orang maut di dalam lokap polis pada tempoh 2002 hingga Julai 2003. Dalam tempoh sama, 425 orang banduan meninggal dunia di dalam penjara ketika menjalani tempoh hukuman.

5
Mei 2004 Mayat Francis Udayapan ditemui di Sungai Klang dengan lebam-lebam teruk. Polis mendakwa si mati melarikan diri dari Balai Polis Brickfields seminggu sebelum mayat ditemui. Ahli keluarga Francis tidak dibenarkan mengakses laporan bedah siasat.

6
November 2005 Mayat S. Hendry ditemui tergantung dengan selimut melingkari leher di Pusat Pemulihan Simpang Renggam, beberapa jam selepas dihantar ke sana. Bapa mangsa curiga kerana S. Hendry ditemui dengan kesan lebam di seluruh badan. Siasatan SUHAKAM mendapati tiada foul play dan kes disahkan bunuh diri.