berita

Mat Salleh Kena ‘Ketuk’ RM4 Untuk Segelas Air Bandung, Netizen Tampil Back Up – ‘Mahalnya Bukan Ada Soda Pun’

October 1st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelancong Bayar Sirap Bandung RM4

Di TikTok, seorang pelancong warga asing berkongsi momen dirinya yang begitu teruja selepas membeli segelas air di sebuah kedai makan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ia Agak Mahal’ – Cuba Air Tuak Ketika Bercuti Di Malaysia, Mat Salleh Kata Rasa Pelik

RM4 segelas

Menerusi hantaran tersebut, pelancong yang bernama Luke Damant itu dilihat sedikit hairan melihat hampir kesemua pelanggan di sebuah kedai makan yang meminum sejenis air yang berwarna merah jambu.

Meluahkan rasa ingin tahu, Luke terus bertanyakan mengenai air berwarna merah jambu tersebut sebelum memesan minuman berkenaan.

Selepas membuat pesanan, Luke dilihat merakam proses pembuatan air tersebut dan ternyata air yang berwarna merah jambu itu merupakan air sirap bandung yang begitu popular di kalangan rakyat Malaysia.

Setelah selesai merasai dan memuji keenakan air tersebut, Luke kemudiannya mengeluarkan wang berjumlah RM5 dan meminta peniaga kedai makan tersebut untuk menyimpan baki sebanyak RM1.

Respon netizen

Pelancong Bayar Sirap Bandung RM4

Pelancong Bayar Sirap Bandung RM4

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat harga RM4 yang dibayar Luke adalah sangat tidak masuk akal dan merasakan harga tersebut terlalu mahal.

Tambah netizen, tidak berbaloi untuk mereka membayar harga sebanyak itu sekiranya bahan yang digunakan hanyalah kordial sirap dan susu pekat manis semata-mata.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×