Ibu yang bekerja dari rumah sememangnya tidak mudah. Selain perlu fokus pada kerja, tanggungjawab pada anak-anak di rumah juga harus dibereskan terlebih dahulu. Anak pastinya akan ‘berbunyi’ jika perut kelaparan. Bukan anak saja, suami pun sama.
Jadi ada baiknya ibu bertindak bijak dengan menyediakan resipi paling pantas dan ringkas untuk seisi keluarga. Sarapan yang disediakan oleh Puan Noriza Awang Hamat ini memang superb. Hanya tiga langkah saja, Roti Cheese Meleleh sudah tersedia di atas meja. Jom cuba!
Morning, pagi ni Cikza breakfast dengan roti telur. Resepi cikza bagi sekali.
IKLAN
Bahan-bahan:
8 keping roti
4 keping chesdale
4 biji telur
1 biji bawang Holland
1 biji cili merah
Daun sup
Lada sulah, lada hitam dan serbuk secukup rasa.
IKLAN
Satukan semua bahan, panaskan kuali leper. Letakkan sedikit planta.
IKLAN
Celupkan roti ke dalam adunan telur tadi. Kemudian bolehlah goreng roti.
Letakkan chesdale di tengah roti semasa roti masih panas nak bagi chesdale tu cair. Kemudian potong roti ikut kepandaian masing-masing.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronoknya ibu-ibu bagi makan kalau anak dah masuk 6 bulan. Tapi kadang kala jika asyik bagi menu yang sama anak cepat bosan.
Ada sesetengah bayi suka makan makanan jejari kerana mudah pegang sendiri dan senang di bawa ke mana-mana jika ingin keluar berjalan.
Lagi elok jika anak dalam proses nak tumbuh gigi dan asyik gatal gusi, elok juga diberikan biskut jejari. Paling penting tiada gula dan garam dicampurkan dalam adunan biskut ini.
Berikut perkongsian dari Puan Nurul Wahida Rosli yang dibuat untuk anaknya yang cair di mulut. Boleh cairkan letak susu EBM makan macam bubur.
? Pukul butter smpai kembang sekali dengan puree.
? Masuk tepung adunkan sampai tak lekat kat tapak tangan. Kalau lekat tambah tepung unbleached sikit-sikit/tepung jagung sikit-sikit.
? Bentukkan dan bakar suhu 180 drjah selama 20 minit atau sehingga masak.
Kadang-kadang mama dah buntu nak sediakan menu untuk makan pagi atau sebagai kudapan makan petang.
Mama boleh jadi lebih kreatif dengan hanya menyediakan roti pisang rangup dan yang paling penting bahan-bahanya sangat simple! Selamat mencuba.
ROTI PISANG RANGUP SEDAP YAKKMATT.👍
Bahan senang dapat.
Bahan-bahan:
Roti gardenia keping
Pisang masak
Majerin
Kuning telor
Gula perang (takde pon letak je gula putih tapi jangan tabur banyak)
Cheddar cheese (ni takde pon takpa. Tabur je gula.)
Cara-cara:
1- Sapu majerin atas roti.
2- Susun pisang ikot kreatif sendiri.
3- Sapu lagi mejerin dan sapu kuning telur.
4- Tabur cheddar cheese atau gula perang.
5- Bakar dengan suhu 180°c, 5-7minit.
Siap!
Kredit : Hamizah Zakaria
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Bukan sahaja kenduri, menjelang Ramadan dan Hari Raya, resipi Ayam Masak Merah antara menu pembangkit selera yang wajib ada. Lari dari kebiasaan, kali ini apa kata anda cuba masak Ayam Masak Merah tanpa sos cili pula.
Tanpa sos cili pun, kuah jadi pekat dan rasanya cukup sedap seperti hidangan kenduri yang sedap. Nak tahu macam mana caranya? Ikut perkongsian resipi Noor Haidah Md Said.
Ayam masak merah cara kenduri kahwin. Belajar dengan arwah mak dulu. Banyak kali dah buat, tetap tak sama rasa dengan yang arwah mak masak. Bersyukurlah sapa yg masih ada mak.
Bahan-bahan:
Ayam seekor -gaul garam kunyit dan goreng dulu, jangan garing sangat
Bahan blend:
Cili kering 2 genggam, akak campur dengan cili kering tak pedas (rebus dulu )
Bwg besar 1 stgh biji
Bwg putih 6-7 ulas
Halia setengah ibu jari
Belacan setengah ibu jari
Buah tomato size besar 2 biji
Bahan tumis:
Tiga sekawan
Bwg besar sebiji hiris
Serai 1-2 btg -titik kan
Daun pandan 4-5 helai -kerat atau simpul (wajib ada)
Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu, kemudian tuangkan bahan blend.
Tumis hingga bahan-bahan menggaring dan pecah minyak. Lepas dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair.
Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat. Dah cukup rasa dan sebati, last masukkan ayam goreng gaul sekata. Taburkan hirisan bawangg besar.
Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!